16 Februari 2012 - 20:30

Serangan pengganas Wahabi terhadap jemaah solat Jumaat hari ini menyebabkan puluhan penduduk terbunuh dan cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Solat Jumaat Syiah Parachinar di Pakistan sebentar tadi bertukar menjadi tragedi berdarah apabila diserang oleh pengganas Wahabi dari kumpulan Taliban.

Menurut laporan wartawan ABNA, jumlah korban dalam serangan pengganas ini adalah 19 orang dan hampir 40 orang menderita tercedera.

Salah seorang anggota Taliban yang dikenali sebagai Fadhl Sa'id Haqqani dalam perbualan telefon kepada beberapa agensi media mendakwa kumpulannya bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.